Bidang Lakonan Ebby_Saiful

Penampilannya dalam drama purba Demang Lebar Daun bersama Idris Hashim telah membuatkannya meninggalkan bidang muzik dan nyanyian. Drama purba arahan Hasiah Ariffin untuk RTM benar-benar membuka pintu hatinya untuk berlakon semula. Bermula daripada drama itulah, Ebby terus ditawarkan berlakon dalam filem Ali Setan (1986) diikuti Marah-Marah Sayang, Balik Kampung, Hantu Siang, Suara Kekasih, Perempuan, Sumpahan Mahsuri, Rentak Desa dan filem terakhirnya Azizah The Legend (1993).

Filem beliau yang paling diingati adalah Ali SetaN. Memegang watak sebagai Latif, kawan baik kepada Ali Setan lakonan Azmil Mustapha, Ebby berjaya mencuri hati para peminat filem ketika itu. Sebagai siswa sebuah universiti, lakonan benar-benar mewarnai filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu.[2]